Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

makar & tipu daya seorang wanita

2 hari yang lalu
baca 3 menit
Makar & Tipu Daya Seorang Wanita

Makar & Tipu Daya Seorang Wanita

• Al-Imam Ibnul Qayyim رحمه الله berkata, “Di dalam Mushonaf Waqi’ (disebutkan) bahawasanya Umar bin Khattab رضي الله عنه menyelesaikan hukum (permasalahan) tentang seorang wanita yang berkata kepada suaminya, “Berikan untukku sebuah nama panggilan”.

Maka sang suami memanggilnya dengan panggilan dzobyah (rusa betina).

Namun sang isteri tidak bersetuju. Kemudian sang suami bertanya, “Kamu ingin aku panggil dengan panggilan apa?”

Sang isteri menjawab, “Panggil aku (dengan panggilan) khaliyyah, tholiq”.

Sang suami berkata, “Jika demikian kemahuanmu, maka kamu adalah khaliyyah, tholiq”.

Khaliyyah yang difahami suaminya adalah unta betina yang dilepaskan dan diperbolehkan bagi siapa pun untuk minum dari susunya. Ada pun tholiq adalah unta betina yang dilepaskan tidak diikat.

Sementara sang isteri menghendaki makna yang lain, iaitu dilepaskan, ditalakkan, diceraikan.

Kemudian sang isteri mendatangi Umar bin Khattab رضي الله عنه dan menyampaikan bahawa suaminya telah mentalakkan dan menceraikan dirinya.

Sang suami kemudian memberi klarifikasi kepada Umar dan menceritakan kronologi kejadiannya. Maka Umar berkata kepada sang suami, “Ajak isterimu pulang dan pukul kepalanya”.

Ini merupakan fiqih yang hidup (dari Umar yang sangat pintar dalam memahami titik permasalahan), yang itu masuk ke qalbu tanpa perlu izin (langsung difahami), iaini walaupun seseorang melafazkan dengan kata cerai secara terang-terangan, namun tidak teranggap cerai (kerana bukan itu niatnya).” (Ilam Muwaqiin 3/448)

✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf
http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf
https://www.tiktok.com/@majmuah.thoriqussalaf

Oleh:
admin